Wednesday, March 4, 2009
Teknologis Makmal Perubatan
Jawatan Teknologis Makmal Perubatan bermula di Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan di Hospital Universiti yang sekarang diberi nama Pusat Perubatan Universiti Malaya supaya nampak lebih komersial. Saya adalah di antara pelatih terawal di kalangan anak Melayu yang di terima untuk menjalani kursus peringkat Sijil selama 3 tahun kemudian Kursus Lanjutan Pengkhususan. Sebelum kumpulan kami yang terdiri dari 3 anak Melayu, telah pun ada beberapa orang Melayu yang berjawatan kanan berkhidmat di pelbagai disiplin makmal di Universiti Hospital dan Fakulti Perubatan Universti Malaya. Kebanyakkan mereka ini adalah dari bekas tentera yang telah bersara awal. Jadi kami 3 anak Melayu adalah generasi kedua yang terpilih untuk mengikuti kursus setelah melalui pemilihan yang ketat. Maklum sajalah di awal 70an anak Melayu dikatakan lemah dalam Sains dan Matematik. Cukup sampai di sini dulu buat pengenalan kerana saya akan menceritakan ujian malmal yang kami jalankan secara manual pada masa itu. Semuanya akan saya ceritakan secara berperingkat. Tapi bagi anda yang ingin bertanya untuk tujuan peperiksaan sila hubungi saya di : jamalmohdhasan@gmail.com. Sekian buat setakat ini. Salam
Subscribe to:
Posts (Atom)